Tuesday 26 July 2016

Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat



Asal-usul nama Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat:

Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat terletak di pekan Kuala Selangor.Terdapat dua lagi buah sekolah rendah di pekan ini iaitu SRJK (C) Aik Thee yang bersebelahan dengan sekolah ini dan SRJK (T) Vageesar yang terletak bersebelahan dengan SMK Sultan Abdul Aziz Shah dan SMK Seri Tanjung.Untuk sampai kelima-lima buah sekolah ini harus melalui pekan Kuala Selangor dan kaki bukit Melawati dan akhirnya  terus ke seberang jalan melalui balai bomba.Jalan yang menghubungkan kelima-lima buah sekolah ini dipanggil Jalan Tanjung Keramat dan sesetengah penduduk memanggilnya Jalan Keramat Tanjung.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat:

Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat,Kuala Selangor mula dibuka dengan murid seramai 23 orang pada 10 Julai 1951.Upacara perasmian dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor iaitu Encik D.A Borie.Guru Besar sewaktu itu ialah Encik Mokhtar bin Haji Dahlan.Keadaan bangunan sekolah sewaktu itu hanyalah sebuah bangsal berlantaikan tanah merah yang terletak di tapak kantin SMK Sultan Abdul Aziz Shah.Apabila jumlah murid meningkat ke 130 orang,sebuah bangunan tambahan konkrit yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibina pada29 Januari 1958.Pada ketika itu guru besarnya ialah Encik Thani bin Lamsah.Bangunan asal sekolah telah dirobohkan pada 19 Mei 1962.Murid-murid seterusnya belajar di Madrasah Pekan Kuala Selangor.Bangunan sekolah baru telah digunakan dengan upacara menepung tawar dijalankan oleh Tuan Haji Mohd Yusoff iaitu Imam Masjid Kuala Selangor .Berikutnya Encik Mohd Ali bin Malim Kechik mula bertugas sebagai Guru Besar ketiga di sekolah ini pada 1 Mac 1964.Bermula 19 Jun 1969,Encik Zainuddin bin Abdullah menjadi Guru Besar keempat sekolah ini.Semasa berkhidmat beliau telah mencipta nama sekolah hingga terkenal dengan pasukan angklungnya.Pasukan angklung di bawah pimpinannya pernah diberi penghargaan untuk membuat persembahan serta pernah membuat rakaman di RTM.Selain itu pasukan ini juga pernah membuat persembahan Ulang Tahun Kemerdekaan di Kuala Lumpur Menjelang 16 Januari 1997,Guru Besar yang kedua belas Puan Faridah binti Abdullah telah melapor diri di sekolah ini.Pada tahun 2011 Guru Besar yang baru telah melaporkan diri iaitu Encik Nizammudin bin Zakaria yang bertugas  selama 1 tahun 3 bulan sahaja.Kini,Guru Besar yang baru Puan Zaini Binti Khalid telah melaporkan diri pada Ogos 2012 dan berkhidmat hinggalah ke hari ini.







Nama Guru-guru SK Tanjung Keramat:

Guru Besar(GB):
Puan Zaini binti Khalid
Guru Penolong Kanan Pentadbiran(PK1):
Puan Farida binti Mohd Junaidi
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(PK HEM):
Puan Siti Mar'ah binti Haji Mohd Salleh
Guru Penolong Kanan Kokurikulum(PK KOKU):
Tuan Haji Mohd Pauji bin Hj.Mohd Ilias

Guru-guru:

-En.Izzudin
-En.Ahmad Azrin
-En Ahmad Sharimi
-En.Mansor
-Pn.Norlia 
-Pn.Sulaitullani
Pn.Sakinah
Pn.Shaheen Irfana
-Pn.Noreha
-Pn.Norezah
-Pn.Wan Norezan
-Pn.Shiba'iyah
-Pn.Aziema
-Pn.Roslinda
-Pn.Nurul Farahani
-Pn.Sa'diah
-Pn.Husna
-Pn Ruslida
-Pn. Siti Aminah
-Cik Lina











SEKIAN TERIMA KASIH....
JUMPA LAGI....